Wednesday, December 2, 2009

Majlis Khatam Al-Quran & Penyampaian Sijil




Pada hari Jumaat, 20-11-09 telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran & Penyampaian Sijil versi 2009. Pada tahun ini, majlis hanya diadakan di dewan sekolah secara kecil-kecilan bersama pelajar-pelajar KAFAI. Walaubagaimanapun, ada juga golongan ibu-ibu yang turut hadir iaitu Pn. Mahsunah,ibu kepada Buhari Muslim & juga Pn. Azizah, ibu kepada Nur Adibah & Muhd Zulhilmi.
Majlis dimulakan dari jam 2.30 petang hingga 5.20 petang.
Program dimuliakan dengan pembukaan bacaan tilawah Al-Quran daripada Masdiana Fitri, pelajar Tahun 6 yang pernah memenangi tempat ke-2 acara tilawah dalam Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) peringkat Zon Ampang. Seterusnya, acara disambung dengan bacaan surah-surah pendek oleh pelajar-pelajar yang telah khatam Al-Quran di KAFAI Islahiah. Kemudian, dendangan nasyid, sajak & pantun oleh wakil-wakil pelajar yang lain. Seterusnya, ucapan perasmian oleh Ustz. Radzuan & acara penyampaian sijil-sijil kepada pelajar tahun 6 & pelajar yang telah menyertai kem-kem anjuran KAFAI Islahiah untuk sepanjang tahun 2009. Akhir sekali, majlis ditutup dengan jamuan makan bersama-sama semua pelajar dan ibubapa yang hadir.